Hukuman Diteruskan, Keluarga Diminta Tuntut Mayat Datchinamurthy Petang Ini

LocalPolitics
25 Sep 2025 • 5:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Keluarga seorang banduan akhir rakyat Malaysia di Singapura berdepan saat penuh emosi apabila penangguhan hukuman mati ke atasnya dibatalkan secara mengejut awal pagi tadi.

Menurut laporan Harian Metro, Datchinamurthy Kataiah pada mulanya dimaklumkan mendapat penangguhan pelaksanaan hukum pada jam 12.30 tengah malam.

image is not available

Foto: Harian Metro

Namun, beberapa jam kemudian, keluarganya dikejutkan dengan makluman terbaharu bahawa ia tetap akan dijalankan, malah mereka diminta hadir menuntut mayatnya pada jam 3 petang.

Peguam keluarga, N Surendran, menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang amat zalim dan luar biasa.

“Keputusan ini sama sekali tidak berperikemanusiaan, seolah-olah hukuman mati dijalankan secara sewenang-wenangnya tanpa mengikut prinsip undang-undang,” katanya.

image is not available

Beliau memaklumkan bahawa keluarga Datchinamurthy segera mengemukakan permohonan penangguhan baharu melalui surat kepada Mahkamah Rayuan Singapura, dan kini masih menunggu keputusan.

“Kami mendesak kerajaan Singapura menghentikan segera pelaksanaan hukuman ini supaya mahkamah rayuan dapat menentukan kesahihan dan kewajaran keputusan tersebut,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro