'Hukuman senior kepada junior...' Pelajar maut di asrama dipercayai dipukul dengan getah paip! Beberapa pelajar dakwa dibuli suspek

29 Sep 2026 • 10:39 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Hukuman senior kepada junior...' Pelajar maut di asrama dipercayai dipukul dengan getah paip! Beberapa pelajar dakwa dibuli suspek

PEMERGIAN tragis pelajar Tingkatan Dua, Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril meruntun hati apabila ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama.

Dalam perkembangan berkaitan, siasatan polis mendapati mangsa dipercayai dipukul menggunakan getah paip oleh seorang pelajar senior.

Khabar duka itu dikongsikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad yang turut berkongsi kronologi kejadian yang meragut nyawa mangsa:

1-Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa selesai menunaikan solat Maghrib di asrama sekolah berkenaan.

2- Semua pelajar sepatutnya kembali ke bilik masing-masing untuk sesi ulang kaji pelajaran selepas solat Maghrib namun, hasil siasatan mendapati mangsa telah dipanggil oleh suspek ke biliknya yang terletak di tingkat dua.

3-Di dalam bilik tersebut, mangsa dipercayai dipukul oleh suspek menggunakan getah paip.

Image from: 'Hukuman senior kepada junior...' Pelajar maut di asrama dipercayai dipukul dengan getah paip! Beberapa pelajar dakwa dibuli suspek

4-Sebelum kejadian, mangsa diarahkan mengambil getah paip tersebut dari bilik air sebelum dibawa masuk ke bilik suspek.

5-Sejurus masuk ke dalam bilik, mangsa dipukul beberapa kali pada bahagian tapak kaki menggunakan getah paip.

6-Mangsa kemudian diarahkan berdiri dan membuka baju sebelum dipukul menggunakan tangan pada bahagian depan dan belakang badan sehingga rebah.

7-Apabila mangsa terbaring, suspek membawa pelajar itu ke sebuah katil dan cuba memberikan bantuan pernafasan selepas mendapati keadaannya semakin kritikal.

8-Suspek kemudian menghubungi warden asrama untuk memaklumkan keadaan mangsa sebelum pelajar itu dibawa ke hospital. Bagaimanapun, doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Image from: 'Hukuman senior kepada junior...' Pelajar maut di asrama dipercayai dipukul dengan getah paip! Beberapa pelajar dakwa dibuli suspek

Seorang lagi ditahan, beberapa pelajar dakwa pernah dibuli suspek

Dalam perkembangan sama, Alzafny memaklumkan polis telah menahan seorang lagi pelajar lelaki berusia 16 tahun dari sekolah yang sama bagi membantu siasatan.

Polis masih menjalankan siasatan dan mengumpul keterangan berhubung dakwaan tersebut dan siasatan awal mendapati mangsa dipanggil oleh suspek kerana didakwa menghisap vape dan tindakan yang diambil dipercayai berbentuk hukuman yang dikenakan oleh pelajar senior terhadap pelajar junior.

Baru-baru ini SinarPlus berkongsi pemergian Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang meninggal dunia pada 25 September 2026. Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian 1, 2

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved