Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 2 pagi

29 Mar 2025 • 11:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 29 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda tiga daerah negeri ini iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 2 pagi.

Amaran hujan lebat disertai ribut petir juga diramal berlaku melibatkan beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department