Hurzeler harap Brighton temui rentak kemenangan di Aston Villa

29 Dec 2024 • 12:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hurzeler (kanan) mahu pemain-pemain Seagulls bawa keputusan positif dari Villa Park. Foto Agensi

BRIGHTON tanpa kemenangan dalam enam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) berharap untuk kembali meraih rentak tiga mata apabila menentang Aston Villa di Stadium Villa Park, pada Selasa.

Malah pengendali The Seagulls, Fabian Hurzeler mengakui terdapat suasana mengecewakan di bilik persalinan berikutan keputusan seri menentang Brentford di Stadium Amex pada Sabtu.

Keputusan seri di laman sendiri itu menyaksikan Brighton turun ke tangga ke-10 liga selepas permulaan yang cemerlang pada awal musim sebelum ini.

“Suasana dalam bilik persalinan menentang Brentford bukan suasana yang hebat. Biarpun begitu adalah tanggungjawab kami, dan perlu belajar untuk memenangi perlawanan ini

“Ia mengenai kekal bersama dan positif. Terdapat rekod bersih selain mencipta peluang juga mengenai mendapatkan kembali tuah permainan, serta konsistensi tidak sempurna.

“Adalah sangat penting untuk kami memberi tumpuan kepada diri sendiri kemudian mencuba memenangi perlawanan. Dalam Liga Perdana, setiap pemain perlu menolak had anda dan sentiasa berada di tahap tertinggi,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved