Husnul Khatimah Yang Didambakan, Pengawal Keselamatan Meninggal Dunia Ketika Tunai Solat Isyak [Video]

19 Jun 2026 • 10:18 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Husnul Khatimah Yang Didambakan, Pengawal Keselamatan Meninggal Dunia Ketika Tunai Solat Isyak [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila tiba masanya, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Cuma bagaimana dan bila itu menjadi rahsia Allah SWT.

Pastinya ramai yang berharap pengakhiran kehidupan yang baik dan diredai Allah SWT.

Pengawal Keselamatan Rebah Ketika Sedang Tahiyat Akhir Tunaikan Solat Isyak

Baru-baru ini, tular di media sosial pemergian seorang pengawal keselamatan yang disifatkan sebagai husnul khatimah.

Manakan tidak, dia pergi dalam keadaan ketika sedang menunaikan solat Isyak di Surau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Taman Daya, Johor Bahru pada Isnin (15 Jun) lalu.

Detik terakhir Allahyarham Abdul Malik Zakaria, 59, dirakam menerusi kamera litar tertutup dan dikongsikan oleh anak saudaranya di TikTok @snowerrewons.

Menerusi rakaman tular, Allahyarham dipercayai sedang berada dalam keadaan tahiyat akhir solat Isyak sebelum rebah.

“Keluar bekerja mencari rezeki halal buat keluarga dan akhirnya kembali kepada Pencipta dalam keadaan sangat dicemburui ramai. Arwah rebah ketika berada dalam tahiyat akhir solat isyak, saat hati dan jasad sedang menghadap Allah SWT.

“Tiada siapa menyangka, sujud dan doa pada malam itu menjadi detik terakhir perjalanannya di dunia.

“Seorang insan yang menghabiskan harinya mencari nafkah untuk keluarga dan mengakhiri kehidupannya dalam ibadah kepada tuhan di surau JPJ Taman Daya JB,” tulisnya di kapsyen.

Anak Saudara Turut Mendoakan Pemergian Bapa Saudara, Sifatkan Pengakhiran Jadi Dambaan Ramai

Pada masa yang sama, pengguna berkenaan turut mendoakan Abdul Malik yang dipanggil sebagai paksu itu.

“Semoga setiap titik peluh yang dicurahkan demi keluarga menjadi amal jariah yang berterusan dan semoga Allah menerima segala amal kebaikannya, mengampuni segala khilafnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beroleh rahmat.

 “Pergi dalam keadaan yang sedang mengingati Allah, satu pengakhiran yang menjadi dambaan ramai. Al-Fatihah buat arwah paksu, Abdul Malik bin Zakaria,” kongsinya lagi.

@snowerrewons

Keluar bekerja mencari rezeki yang halal buat keluarga, dan akhirnya kembali kepada Pencipta dalam keadaan yang sangat dicemburui ramai. Arwah rebah ketika berada dalam tahiyat akhir solat Isya, saat hati dan jasad sedang menghadap Allah SWT pada 15/6/26. Tiada siapa menyangka, sujud dan doa pada malam itu menjadi detik terakhir perjalanannya di dunia. Seorang insan yang menghabiskan harinya mencari nafkah untuk keluarga, dan mengakhiri kehidupannya dalam ibadah kepada Tuhan di surau JPJ Taman Daya JB. Semoga setiap titik peluh yang dicurahkan demi keluarga menjadi amal jariah yang berterusan, dan semoga Allah menerima segala amal kebaikannya, mengampuni segala khilafnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba yang beriman dan beroleh rahmat. Pergi dalam keadaan yang sedang mengingati Allah, satu pengakhiran yang menjadi dambaan ramai. Al-Fatihah buat arwah paksu, ABDUL MALIK BIN ZAKARIA

♬ original sound – 𝕜𝕚𝕟𝕘𝕤𝕡𝕒𝕕𝕖𝟝𝟚𝟜𝟙 – 𝕜𝕚𝕟𝕘𝕤𝕡𝕒𝕕𝕖𝟝𝟚𝟜𝟙

Tonton video penuh [DI SINI]

Anak Kongsi Amalan Arwah Bapa, Suka Kunjungi Rumah Allah

Apa yang menjadi perhatian adalah perkongsian anak Allahyarham Abdul Malik, Noramalina Abdul Malik di ruangan komen.

Kongsi Normalina ketika ditanya mengenai amalan bapanya, dia menjelas arwah bapanya itu seorang yang suka pergi ke masjid dan sering membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan.

“Antara perkara yang paling saya ingat tentang ayah ialah kecintaannya terhadap rumah Allah SWT.

“Selagi diberi kesihatan, dia akan cuba hadir ke masjid atau surau yang terdekat dan membantu apa yang termampu.

“Suka membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan, menghormati ibu bapa dan mengutamakan keluarga.

“Semoga itu menjadi antara amalan yang memberatkan timbangan kebaikannya di akhirat,” kongsinya.

Image from: Husnul Khatimah Yang Didambakan, Pengawal Keselamatan Meninggal Dunia Ketika Tunai Solat Isyak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kematian Yang Ditangisi Namun Dicemburui, Bilal Meninggal Dunia Usai Laung Azan Maghrib

Baca Artikel Berkaitan: Kematian Yang Dicemburui, Pesara Tentera Meninggal Dunia Ketika Sujud Solat Subuh Berjemaah