
KEMENANGAN yang direstui ramai, mungkin itu cukup menggambarkan kegembiraan peminat Hussain apabila diangkat sebagai juara Big Stage Rocketfuel minggu lalu.
Lain macam fenomena yang Hussain cetuskan sejak masuk Talk To My Manager musim kedua. Bak kata Ajai, seperti zaman kegilaan Mawi suatu ketika dahulu.
Tapi apabila sudah popular, ramai risau Hussain akan perlahan-lahan seronok dengan populariti dan lupa diri. Malah, ada juga harap dia tidak larut dengan keseronokan sekarang termasuk menjalin cinta dengan mana-mana wanita.
Kalau boleh simpan semua itu dulu, fokus bina kerjaya yang baru bermula. Jangan sebab benda remeh, hancur karier kerana kalau nak mula balik, sangat susah.
Harap Hussain ambillah pesanan peminat yang prihatin dan tidak pernah berhenti menyokong perjalanan seni yang baru bermula sejak 18 bulan lalu, paling penting jangan sombong!
DIVA: Kalau tengok perangai pelakon baharu, ramai saja yang bukan main berangan sejak popular dengan satu dua drama.
The post Hussain, betullah kata Ajai, cuma harap jangan lupa diri appeared first on Kosmo Digital.






