Hutan Terbakar, 8 Kenderaan Turut Musnah

10 Jul 2022 • 4:38 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar ihsan JBPM

SUNGAI BULOH – Lapan kenderaan yang diletakkan di hadapan sebuah bengkel musnah dalam kebakaran di kawasan hutan berhampiran Jalan Nova U5/94A Laman Permai, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.29 malam.

"Seramai 15 anggota bersama dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Shah Alam ditugaskan ke lokasi.

"Sebaik tiba, didapati berlaku kebakaran hutan yang turut menyebabkan lapan kenderaan terbakar. Operasi pemadaman segera dilakukan hingga kebakaran berjaya dikawal," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.  – Getaran, 20 Julai 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved