Hutang Jiran Demi Teman Anak Ambil ‘Result’ STPM, Kisah Pelajar Cemerlang Dari Sabah Ini Sentuh Hati Netizen

14 Jul 2023 • 12:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jiran hero, anak cemerlang!

Hutang Jiran Demi Teman Anak Ambil ‘Result’ STPM, Kisah Pelajar Cemerlang Dari Sabah Ini Sentuh Hati Netizen. Seorang bapa sanggup menyewa kereta demi menghantar anak untuk mengambil keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Hal ini kerana, jarak rumah mereka di Kampung Sinansag, Kiulu, Tamparuli, Sabah, terletak agak jauh dengan lokasi penyerahan keputusan STPM.

image is not available
Hutang Jiran Demi Teman Anak Ambil ‘Result’ STPM, Kisah Pelajar Cemerlang Dari Sabah Ini Sentuh Hati Netizen. Kredit: Sinar Harian

Tiada pilihan lain, bapa yang bekerja sebagai petani itu terpaksa meminjam wang RM120 daripada jiran untuk membayar sewa kereta tersebut.

Bapa terkejut anak rupanya pelajar cemerlang

Memetikl laporan daripada Sinar Harian, pengorbanannya tidak sia-sia apabila nama anaknya muncul sebagai pelajar cemerlang dalam Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM.

Bapa yang bernama Jaliusih Madakol itu berkata, mereka sekeluarga bergerak dari kampung seawal jam 6 pagi untuk menghadiri majlis itu.

“Memandangkan kami tiada kenderaan sendiri, saya sanggup menyewa kenderaan untuk membawa kami tiga beranak ke majlis ini,”

image is not available

Kesusahan hidup tidak menjadi penghalang, anaknya, Arnie Jaliusih berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sebanyak 4.00.

Mempunyai semangat yang kuat, Arnie juga terpaksa tinggal di asrama semenjak Tingkatan Satu kerana lokasi sekolah yang jauh dari rumah.

Berniat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, gadis yang berusia 20 tahun itu berhasrat untuk mengubah nasib keluarga.

image is not available

“Ibu bapa saya hanya petani yang menanam sayuran dan padi bukit. Keputusan ini membolehkan saya menyambung belajar ke peringkat lebih tinggi.

“(Saya mahu) mengubah kehidupan keluarga pada masa hadapan,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens Kiulu itu.

Arnie juga menerima satu sijil penghargaan di dalam majlis yang diadakan di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu itu.

Baca lagi artikel menarik: