Hutang ‘Kutu’ Antara Sebab Tiga Beranak Hilang Di Kedah – Polis

5 Aug 2026 • 2:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Polis tidak menolak kemungkinan kehilangan tiga sekeluarga dari Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam sejak 20 Julai lalu mempunyai kaitan dengan hutang permainan kutu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat oleh individu yang mendakwa menjadi mangsa permainan kutu membabitkan wanita yang dilaporkan hilang itu.

Advertisement

kutu

Polis siasat dari semua sudut

Menurut beliau, siasatan masih diteruskan termasuk usaha mengesan pasangan suami isteri berkenaan serta anak lelaki mereka.

“Setakat ini, tiada pergerakan tiga individu terbabit ke luar negara. Siasatan masih diteruskan sebagai orang hilang.

“Kita menyiasat kes ini daripada segala sudut. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keluarga itu diminta segera menghubungi pihak polis,” katanya.

Tiga beranak dilaporkan hilang sejak 20 Julai

Sebelum ini, media melaporkan polis sedang mengesan pasangan suami isteri, Khairul Azhar Ahmad, 39, dan Siti Zulaikha Ahmad Sabri, 36, bersama anak mereka, Adid, 9, yang dilaporkan hilang sejak 20 Julai lalu.

Laporan kehilangan mereka dibuat oleh bapa kepada wanita terbabit yang berusia 62 tahun selepas keluarga gagal menghubungi mereka sejak tarikh tersebut.

Difahamkan, kanak-kanak itu juga tidak hadir ke sekolah sepanjang tempoh kehilangan.

Rakaman CCTV tunjuk keluarga pulang sebelum keluar semula

Menurut ahli keluarga, kali terakhir mereka berjaya menghubungi tiga beranak itu adalah pada 20 Julai sebelum semua usaha menghubungi mereka gagal.

Hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan pula mendapati keluarga berkenaan pulang ke rumah menggunakan sebuah kenderaan pada pukul 1.12 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, mereka dilihat keluar semula dari kediaman itu kira-kira sejam lapan minit kemudian dan sehingga kini keberadaan mereka masih belum dapat dipastikan. – KOSMO ONLINE

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Hutang ‘Kutu’ Antara Sebab Tiga Beranak Hilang Di Kedah – Polis2026-08-04 15:29:05

Kakitangan KLIA Ditahan, Disyaki Terlibat Kes Juruterbang Seludup 25 Kilogram Ekstasi Ke Jakarta

The post Hutang ‘Kutu’ Antara Sebab Tiga Beranak Hilang Di Kedah – Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved