Hutang kutu dipercayai punca 3 beranak hilang sejak 20 Julai, kata polis

5 Aug 2026 • 1:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Hutang kutu dipercayai punca 3 beranak hilang sejak 20 Julai, kata polis

PETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan hutang bermain kutu punca tiga beranak dilaporkan hilang dari rumah mereka di Taman Bayanmas, Bukit Kayu Hitam sejak 20 Julai lalu.

Ketua Polis Kubang Pasu, Radzi Abdul Rahim, berkata tiada pergerakan ke luar negara dikesan setakat ini dan satu laporan terhadap si isteri diterima daripada mangsa terbabit dalam permainan kutu.

“Siasatan masih diteruskan sebagai ‘orang hilang’ dan polis meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya ternampak mereka.

“Siasatan turut dijalankan dari segala sudut, termasuk kemungkinan menjadi mangsa pelakuan jenayah atau kemalangan, ” katanya menurut Harian Metro.

Semalam, media melaporkan Khairul Azhar Ahmad, 39, isterinya Siti Zulaikha Ahmad Sabri, 36, dan anak mereka Adid Khairul Azhar yang juga murid SK Felda Batu 8, Changlun gagal dikesan selepas keluar dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas sejak 20 Julai lalu.

Bapa wanita itu yang berusia 62 tahun membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam semalam, selepas gagal mengesan anak perempuannya, menantu serta cucunya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved