Hutang negara Amerika Syarikat buat kali pertama melepasi $31T

Business & Finance
5 Oct 2022 • 5:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ANKARA: Hutang negara Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama melepasi US$31 trilion, di tengah-tengah peningkatan kadar faedah yang diperkenal bagi membendung inflasi yang merekodkan paras tertinggi serta ketidaktentuan yang semakin tinggi, menurut data Jabatan Perbendaharaan.

Jumlah baki hutang awam lebih $31.1 trilion, lapor Agensi Anadolu memetik data pada Selasa.

Pada Julai, Pejabat Belanjawan Kongres (CB) mengunjurkan hutang persekutuan pegangan awam AS bersamaan 98 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun.

Hutang tinggi dan semakin meningkat kepada peratusan KDNK, mungkin memperlahan pertumbuhan ekonomi, menaikkan pembayaran faedah kepada pemegang asing hutang AS dan meningkatkan risiko krisis fiskal, menurut CBO dalam laporan Unjuran Belanjawan Jangka Panjang 2022.

Keadaan ini mungkin menjadikan kedudukan fiskal AS lebih terdedah kepada peningkatan kadar faedah selain mengekang pengubal undang-undang dalam memilih dasar yang perlu.-Bernama