‘Hutang’ tidur tidak boleh dibayar

Health & Fitness
22 Sep 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Hutang’ tidur tidak boleh dibayar

Kesibukan kerja dan kehidupan seharian boleh menyebabkan waktu tidur seseorang semakin terhad.

Namun, ada yang berpendapat kekurangan tidur pada hari bekerja boleh digantikan dengan tidur lebih lama pada hujung minggu.

Pakar Perunding Kardiologi, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Dr. Beh Ting Yuen berkata, tanggapan itu kurang tepat kerana tidur yang hilang bukan sesuatu yang boleh dibayar semula seperti hutang biasa.

“Salah faham tentang sleep debt atau hutang tidur ini menyebabkan segelintir individu percaya tidur yang hilang boleh diganti semula pada hujung minggu.

“Justeru, saya berharap orang ramai mula memberi lebih perhatian kepada kepentingan tidur yang cukup dan berkualiti,” katanya ketika sesi perkongsian bersama Komuniti LAC sempena Hari Jantung Sedunia baru-baru ini.

Ting Yuen berkata, kekurangan tidur secara berterusan boleh menjejaskan tubuh dan jantung tanpa disedari.

Malangnya, masih ramai yang memandang ringan kepentingan mendapatkan tidur yang mencukupi.

“Sempena Hari Jantung Sedunia ini, saya berharap kita dapat bergerak ke arah sifar kes masalah jantung yang boleh dicegah di Malaysia.

“Masalah jantung bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan, menjejaskan kesihatan, malah melibatkan kos besar kepada individu dan sistem kesihatan,” katanya.

Sementara itu, pakar perunding nutrisi LAC Malaysia, Cynthia Jetan menjelaskan tidur dan nutrisi saling melengkapi dalam menyokong kesihatan jantung.

Dia turut berkongsi peranan minyak ikan, CoQ10 dan antioksidan dalam membantu tubuh berfungsi dengan baik.

The post ‘Hutang’ tidur tidak boleh dibayar appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved