“HYBE Benci Kami..” – Hanni Menangis Buka Cerita, Dedah NewJeans Jadi Mangsa Buli Di Syarikat

LocalEntertainment
15 Oct 2024 • 3:52 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Terbaru pada 15 Oktober, Hanni NewJeans telah hadir sebagai saksi di Jawatankuasa Alam Sekitar dan Buruh Perhimpunan Kebangsaan (EUL) di Yeouido, Seoul.

Khususnya di situ, Hanni telah memberikan keterangan khusus mengenai kenyataannya sebelum ini, menyatakan bahawa kumpulan NewJeans telah dibuli dan diabaikan oleh HYBE.

Pada awalnya, Hanni bercerita,

Baru-baru ini, saya melihat pekerja HYBE mengutuk NewJeans dan saya mendengar rakaman pasukan PR HYBE meremehkan kejayaan debut kami di Jepun.

Sambungnya lagi,

Saya yakin syarikat itu membenci kami. Saya tak faham kenapa saya perlu lalui ini. Saya fikir mereka ingin jatuhkan kami kerana kami memulakan kerjaya secara berbeza dari laluan yang syarikat tetapkan dan kami berjaya. Sebab itu saya rasa HYBE benci kami.

Meskipun CEO terbaru ADOR kini iaitu Kim Joo-young mengaku bahawa dia telah pun mengambil langkah sepatutnya, Hanni dengan tegas membantah,

Saya tak rasa dia melakukan yang terbaik. Dia cakap dia akan melindungi kami tetapi dia tidak berniat pun untuk minta maaf. Saya harap awak akan selesaikan masalah ini dengan cara terbaik.

Hanni mengakhiri ucapannya dengan berkata,

Apa yang saya sedar ialah undang-undang bukanlah penyelesaian kepada semua masalah dunia. Tetapi saya fikir, jika kita saling menghormati sesama manusia, tidak akan ada sebarang kes buli di tempat kerja.

Semoga keadilan akan berpihak kepada yang benar.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.