Hyoyeon Kini Berada Di Lapangan Terbang, Peminat Cadang Cuba Mi Kolok Setelah Sampai Di Sarawak

5 Oct 2023 • 2:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kehadirannya di Malaysia sememangnya menjadi buah mulut netizen dan peminat K-pop di negara ini.

Hyoyeon Kini Berada Di Lapangan Terbang, Peminat Cadang Cuba Mi Kolok Setelah Sampai Di Sarawak. Kim Hyo-yeon, lebih dikenali sebagai Hyoyeon, ahli kumpulan terkenal Korea Selatan, Girls’ Generation, menarik perhatian ramai apabila beliau kini bersedia untuk bertolak dari Lapangan Terbang Incheon.

Beliau bakal tiba di bumi Kenyalang, Sarawak, untuk membuat persembahan yang dinanti-nantikan di Borneo Sonic, Kuching.

image is not available
Hyoyeon Kini Berada Di Lapangan Terbang, Peminat Cadang Cuba Mi Kolok Setelah Sampai Di Sarawak

Seorang peminat mencadangkan Mi Kolok namun Hyoyeon salah dengar sebagai Kolombia

Komunikasi antara Hyoyeon dan peminatnya di media sosial mencipta detik yang manis dan juga gelak ketawa. Peminat yang bersemangat mencadangkan kepada bintang K-pop itu untuk mencuba ‘Mi Kolok’, salah satu daripada juadah lokal yang terkenal di Sarawak.

Namun, Hyoyeon tersalah dengar dan menyebut perkataan yang berbeza dari apa yang didengarnya.

image is not available
Sumber: @sone_popo

Sowon mencadangkan kolo mi Malaysia, tetapi unnie (Hyoyeon) salah faham sebagai Kolombia”

Mi Kolok adalah hidangan mi yang terkenal dan ikonik di Sarawak, dihidangkan dengan daging babi, daging ayam, atau makanan laut dan dihiasi dengan daun bawang dan bawang goreng.

image is not available
Hyoyeon Kini Berada Di Lapangan Terbang, Peminat Cadang Cuba Mi Kolok Setelah Sampai Di Sarawak

Interaksi Hyoyeon bersama peminat Malaysia yang melucukan

Interaksi antara Hyoyeon dan peminat tidak berakhir di sana. Dengan penuh emosi, seorang peminat berkongsi rasa sedih kerana tidak dapat menghadiri persembahan Hyoyeon di Borneo Sonic.

Hyoyeon menyatakan bahawa beliau akan kembali, memberi sedikit harapan dan keriangan kepada peminat tersebut.

Tidak lama kemudian, perbincangan tentang makanan Malaysia diteruskan dengan mencadangkan Hyoyeon untuk mencuba Laksa. Beliau dengan cepat membalas bahawa dirinya juga suka dengan laksa.

Persembahannya di Borneo Sonic pada 6 Oktober 2023, bakal menggegarkan pentas di Kuching, Sarawak. Jadi, jumpa korang di sana!

Ketahui juga lineup artis yang bakal menggegarkan Stadium di Kuching. Artikel di bawah:

Sah, Taeyang Dan CL Antara Artis Lineup Bakal Gegarkan Borneo Sonic Di Kuching
Lagi Seminggu Untuk Borneo Sonic, Mural Taeyang Di Kuching Tarik Perhatian Netizen