Hype Muzik ‘Sama Dirik’, Kupikupifm Frekuensi Radio Baru Siar Muzik Lokal Sarawak Buat Anda

12 Jun 2023 • 5:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Corong radio Sarawak kini lebih meriah dengan adanya Kupikupifm yang baru sahaja dilancarkan!

Hype Muzik ‘Sama Dirik’, Kupikupifm Frekuensi Radio Baru Siar Muzik Lokal Sarawak Buat Anda. Kupikupifm Sarawak, sebuah stesen radio baru yang dilancarkan pada 9 Jun 2023, berhasrat untuk menjadi suara baharu di Sarawak.

Stesen ini, yang disiarkan pada frekuensi 92.5 FM, menampilkan pelbagai program yang meraikan lagu, budaya, dan warisan negeri Sarawak.

image is not available
Hype Muzik ‘Sama Dirik’, Kupikupifm Frekuensi Radio Baru Siar Muzik Lokal Sarawak Buat Anda. Kredit foto: ILOVEBORNEO

Dengan slogan keramat ‘Sama Dirik Pok’ bakal menghantui hari-hari anda

Dengan tagline stesen ini, “Sama Dirik Pok,” merupakan frasa yang mesra yang digunakan oleh orang Sarawak untuk menunjukkan keakraban dan persahabatan yang ikhlas. Kata ‘pok’ itu merujuk kepada istilah ‘bro’ yang sering digunakan oleh masyarakat di Sarawak.

image is not available

Kupikupifm Sarawak dimiliki oleh Ooga X Sdn Bhd, syarikat yang sama yang memiliki Kupikupifm Sabah.

Boleh tune ke frekuensi 92.5 sekarang!

Program-program stesen ini merangkumi pelbagai jenis muzik, berita, dan rancangan bual-bicara. Malah stesen ini turut menampilkan campuran muzik tempatan dan antarabangsa, dengan tumpuan kepada artis Sarawak.

image is not available

Antara segmen-segmen yang akan memeriahkan corong radio anda adalah Sekoh Pagi bersama Jalee dan Ezmir, Rona Roni bersama Wena, Kacak Tipot bersama Maria, Kupi Jem bersama Leez dan Jungo Krem bersama Abang Lan.

Jadi jangan lupa untuk tune radio anda ke Kupikupifm Sarawak di frekeunsi 92.5 FM, serta dalam talian di www.kupikupifm.my.

Baca lagi artikel menarik: