Hyundai Motor Malaysia Rakan Mobiliti Rasmi Selangor FC Musim 2025-2026

LocalFootball
10 Aug 2025 • 9:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Hyundai Motor Malaysia (HMY) yang telah mengumumkan ketibaan rasminya di pasaran Malaysia pada Jun lalu, terus memperkukuhkan kehadirannya apabila muncul sebagai Rakan Mobiliti Rasmi bagi pasukan bola sepak Selangor FC untuk Liga Super Malaysia (MSL) 2025-2026.

Kejohanan MSL musim terbaru telah bermula secara rasmi pada 8 Ogos lalu dengan acara pembukaan musim yang menyaksikan Selangor FC bertemu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), di stadium JDT.

Menariknya, JDT pula baru-baru ini mengumumkan perjanjian serupa bersama pesaing HMY, UMW Toyota Motor (UMWT), sebagai Rakan Mobiliti Rasmi, sekali gus menyerlahkan ‘persaingan’ antara dua pengeluar automotif besar Korea dan Jepun dalam arena sukan bola sepak tempatan.

image is not available

Menurut kenyataan rasmi HMY, kerjasama ini memperkukuhkan kedudukan jenama Hyundai dalam arena sukan di Malaysia, terutama dengan menjalin hubungan bersama salah satu kelab bola sepak profesional terkemuka negara.

Hyundai Motor Malaysia berasa bangga dapat menyokong Selangor FC pada musim akan datang, di dalam dan di luar padang,” jelas pihak HMY dalam satu kenyataan ringkas.

Selain paparan jenama Hyundai pada jersi pemain dan papan iklan di stadium Selangor FC, status sebagai ‘Rakan Mobiliti Rasmi’ juga berpotensi melibatkan kerjasama lain seperti pengiklanan kenderaan bersama pemain dan personaliti terpilih dalam pasukan, walaupun perkara ini belum diumumkan secara rasmi oleh pihak syarikat.

View Original Article