Hyundai Motor Malaysia, Selangor FC Meterai MoU, Staria Jadi Kenderaan Rasmi Pasukan

LocalFootball
2 Sep 2025 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sesiapa yang mengikuti perkembangan pastinya sudah tahu bahawa Hyundai Motor Malaysia (HMY) telah memperbaharui kerjasama dengan gergasi bola sepak tempatan, Selangor FC. Menjelang cuti umum Hari Kebangsaan baru-baru ini, HMY secara rasmi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pasukan yang lebih dikenali sebagai Red Giants ini.

MoU tersebut ditandatangani oleh Presiden HMY, Eric Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, dengan kehadiran DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, sebagai saksi pada majlis yang berlangsung di ibu pejabat korporat Hyundai di Menara Affin, TRX, Kuala Lumpur.

Rakan Mobiliti Rasmi Selangor FC

image is not available

Penandatanganan itu merasmikan kerjasama yang diumumkan awal bulan ini, menempatkan Hyundai sebagai Rakan Mobiliti Rasmi untuk Selangor FC. Jenama automotif Korea ini telah mula menyokong pasukan sejak perlawanan pembukaan Selangor FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 8 Ogos lalu.

Menurut HMY, peminat boleh menantikan kemunculan logo Hyundai pada versi latihan Red Giants, selain turut hadir dalam pengalaman hari perlawanan.

Penyerahan Staria Sebagai Kenderaan Rasmi

image is not available

Majlis penandatanganan turut diserikan dengan penyerahan sebuah Hyundai Staria sebagai kenderaan rasmi pasukan. Sebagai makluman, MPV premium ini baru sahaja dilancarkan semula oleh HMY dengan harga antara RM179,888 hingga RM267,888.

image is not available