Hyundai tambah lagi 2 model jentera elektrik serba maju, IONIQ 6 Lite dan Plus

Cars
29 Sep 2023 • 4:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

HYUNDAI-Sime Darby Motors (HSDM) memperluaskan lagi rangkaian jentera elektrik di negara ini dengan pelancaran dua model terbaharu, IONIQ 6 Lite dan Plus.

Menurut Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung, pengenalan kenderaan tersebut melengkapkan lagi varian Max RWD dan Max AWD yang dilancarkan pada Julai lalu.

“Model tenaga elektrik kini benar-benar diiktiraf di peringkat global dan kami menjangkakan jangkauan lebih ramai pembeli dalam usaha meningkatkan gaya hidup mesra alam,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk pasaran tempatan, rangkaian IONIQ 6 Lite RWD ditawarkan pada harga bermula pada RM219,888, manakala Plus RWD bernilai RM249,888.

image is not available

Berikut antara spesifikasi IONIQ 6 Lite dan Plus:

  • Kapasiti bateri 53kWh ion litium polimer menghasilkan tork 350Nm.
  • Memacu kelajuan hingga 100 kilometer perjam (km/j) untuk tempoh 8.8 saat.

 

  • Jarak pemanduan hingga 429km dan dilengkapi tujuh beg udara.
  • Untuk varian Max, bateri IONIQ 6 Lite dan Plus juga boleh mengecas daripada 10 hingga 80 peratus dalam tempoh 18 hingga 58 minit atau pengecasan penuh 5.5 jam.

image is not available

  • Lengkap dengan kawalan pelayaran pintar, bantuan kekal lorong dan sistem yang dibina bagi mengelak pelanggaran hadapan.
  • Sambungan Android Auto dan Apple CarPlay dengan dua paparan skrin bersaiz 12.3 inci.

Terdapat beberapa pilihan warna seperti abyss black pearl, nocturne grey matte, biophilic blue pearl, dive blue solid dan gravity gold matte.

image is not available

Untuk informasi lanjut, layari https://www.hyundai.com.my/clicktobuy/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang