i-City Shah Alam Bakal Ditransformasi Menjadi Pusat Pengalaman Robotik Dan AI

LocalTechnology
22 Aug 2025 • 11:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

I Berhad, pemaju sebalik i-CIty di Shah Alam, kini mengumumkan hasrat untuk mentransformasi i-City menjadi Pusat Pengalaman Robotik dan AI pertama di Malaysia. Untuk tujuan berkenaan, I Berhad bekerjasama dengan syarikat robotik terkemuka China, iaitu AgiBot.

image is not available

Pusat berkenaan dijangka diperkenalkan pada penghujung tahun ini, sekaligus membolehkan orang ramai menikmati dan melihat sendiri integrasi teknologi kecerdasan buatan dan robotik dalam kehidupan harian dan pengurusan bandar. Tidak setakat itu, sebuah AI Smart Tower turut disasarkan untuk dibangunkan, iaitu sebuah pembangunan hartanah dengan fokus integrasi kecerdasan buatan serta robotik untuk kesejahteraan penghuninya.

Kerjasama kedua-dua pihak ini juga akan membawa kepakaran robotik dari AgibBot ke Malaysia. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya i-City dan pengenalan pusat robotik ini dalam masa beberapa bulan lagi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved