“I Love This Bit” -Pelawak Jason Leong Dikecam Ramai Kerana Tinggal Komen Suka Pada Lawak Biadap Jocelyn Chia

9 Jun 2023 • 5:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila orang ramai membincangkan tentang video tular memaparkan pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang menjadikan Malaysia serta MH370 sebagai bahan jenaka.

Dalam lawaknya itu dia turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada penonton selepas mengetahui individu itu berasal dari Malaysia.

Perkara itu secara tidak langsung telah menimbulkan rasa kurang senang kepada rakyat di negara ini yang menyifatkan tragedi serta kematian tidak sesuai untuk dijadikan bahan lawak.

Susulan dari penularan video tersebut, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia tampil memohon maaf namun menjelaskan bahawa Chia bukan lagi warga Singapura.

Jason Leong menyukai jenaka yang dibuat Jocelyn Chia

Namun siapa sangka, jenaka biadap yang dilakukan pelawak wanita tersebut disukai oleh pelawak komedi tempatan, Dr Jason Leong sehingga dikecam oleh orang ramai.

Menerusi ruangan komen pada hantaran video Chia, Leong telah meninggalkan komen dengan berkata “Saya suka ini.”

Memetik laporan The Rakyat Post, komentar yang diberikan oleh Leong pada video tersebut bagaimanapun telah mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada rakyat Malaysia.

Netizen malah mendakwa pelawak tempatan itu seolah-olah bersetuju dengan bahan jenaka yang dilakukan Chia termasuklah menghina negara.

Chia menyatakan orang ramai terlalu serius terhadap jenakanya

Orang ramai terlalu serius terhadap jenakanya, kata Chia.

image is not available

Malah ada juga yang menyatakan Leong sepatutnya tahu bahawa jenaka dilakukan wanita berkenaan melampaui batas.

Baca artikel berkaitan:

Source: