“I’m A Fighter” – Dipukul Guna Kayu Di Kepala Dan Badan, Lufya Syukur Dapat Selamatkan Anak Dari Diculik

Entertainment
28 Jun 2022 • 6:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Lufya baru-baru ini difahamkan telah dipukul oleh seorang lelaki dengan menggunakan batang kayu dan menyebabkan beberapa kecederaan pada wajah dan badan.

Menerusi perkongsian officialhlive di Instagram, pelakon itu difahamkan berada di taman permainan bersama anak perempuannya di Kota Damansara sekitar jam empat ke lima petang.

Lufya dikatakan telah diserang oleh lelaki tersebut dan telah tercedera dalam pertelingkahan dalam usaha menyelamatkan anak perempuannya itu.

Selain itu, Lufya juga memberitahu bahawa dia dan anaknya selamat dalam kejadian itu serta menasihatkan wanita di luar sana supaya kuat dan berani mempertahankan diri sendiri.

Di samping itu, Lufya bersyukur masih mampu menyelamatkan anaknya dan berharap agar wanita di luar sana supaya lebih peka dengan keadaan sekitar serta meminta orang di luar sana mendoakan kesihatannya.

image is not available 1 bulan lalu

Lelaki Myanmar Cuba Culik Budak Di Kuantan, Nak Anak 'Instant' Kerana Belum Ada Rezeki Lepas 8 Tahun Kahwin