“I Nak Jadi Kawan Wife You Boleh?” – Baru Seminggu Kahwin, Yuna Rahim Dedah Ada Cubaan ‘Menyondol’ Suaminya

22 Feb 2023 • 3:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Belum masuk seminggu berumah tangga, pelakon Yuna Rahim mendedahkan bahawa terdapat cubaan ‘menyondol’ suami tersayang, Nurakmal.

Perkara itu dimaklumkan Yuna menerusi satu hantaran di TikTok di mana dia ada memaparkan mesej yang dikirim kepada suaminya.

Dalam mesej itu, wanita berkenaan meminta kebenaran Nurakmal untuk menjadi kawan kepada Yuna memandangkan mereka sudah berkawan lama.

I dah lama jadi kawan u. But since u dah kahwin, i nak jadi kawan wife u (Yuna) pulak. Boleh tak? Sebab rasa lagi proper. Kami kan sama-sama perempuan.

Berikutan itu, Yuna memberi respon geli-geleman terhadap permintaan wanita itu.

image is not available

Sumber : TikTok  

Beraninya perempuan zaman sekarang ni. Aku tak nak tambah kawan dah geli lah.

Menjengah ke ruangan komen video yang kemudiannya dipadam itu, ramai netizen meminta Yuna berhati-hati kerana ia boleh dianggap cubaan menyondol secara halus.

Malah, rakan artis, Fatin Afeefa turut meninggalkan komen yang serupa seperti pendapat netizen itu.

Sekadar info, Yuna Rahim dan Nurakmal telah selamat mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu.

image is not available 12 jam lalu

"Saya Hormati Perasaan Bekas Isteri" - Afdlin Shauki Dedah Sudah Temui Cinta Baru, Akan Kongsi Bila Bersedia