“I record you bro” – Staf Money Changer Di Bali Kantoi Sengaja Jatuhkan Sekeping Wang Pelancong [Video]

LocalTravel
16 Oct 2025 • 4:11 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Memang seronok bila dapat melancong, apatah lagi ke luar negara. Namun di sebalik keseronokan itu, korang juga perlu berhati-hat agar tidak terjebak dengan risiko penipuan.

Tidak dinafikan, ada sesetengah negara yang rakyatnya suka mengambil kesempatan terhadap pelancong asing dengan mengenakan caj yang mahal dan sebagainya.

Disebabkan itu, para pelancong perlu lah membuat persediaan yang rapi dan sentiasa berwaspada untuk elak diri menjadi mangsa penipuan.

Tular pekerja pengurup wang sengaja jatuhkan sekeping wang kertas pelancong

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang pekerja sebuah kedai pengurup wang (money changer) di Ubud, Bali, Indonesa didapati sengaja menjatuhkan sekeping wang kertas yang ditukar oleh pelancong.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @inilahcom, pelancong terbabit seakan sudah mengetahui taktik kotor berkenaan dan bertindak merakamnya dari awal sebagai bukti.

“Saya rakam awak, awak tahu? Tengok, saya tengah merakam awak. Saya rakam semua ini, kalau awak ada muslihat saya akan panggil polis,” kata pelancong itu.

Konon susun duit tapi senyap-senyap jatuhkan sekeping wang kertas

Ketika kejadian, kelihatan rakan kepada pelancong berkenaan sedang mengira beberapa kepingan wang kertas RP50,000 (sekitar RM12) yang ada di tangannya.

Pada ketika itu, pekerja terbabit turut mengambil kepingan-kepingan not RP50,000 yang ada di atas meja untuk menyusunnya sebelum secara senyap-senyap menjatuh sekeping wang terbabit ke bawah meja.

Dia tidak menyedari bahawa perbuatan tidak beretikanya itu sedang dirakam oleh pelancong dipercayai warga Eropah itu.

Memetik Inilah.com, Ketua Polis Balai Ubud memaklumkan insiden itu berlaku pada 4 Oktober lalu di sebuah money changer yang terletak di Lingkungan Junjungan, Kecamatan Ubud, Gianyar.

@inilahcom Sebuah video viral menampilkan aksi tak terpuji petugas penukaran mata uang asing atau money changer di Ubud, Bali. Dalam video tersebut, tampak seorang turis melakukan penukaran uang ke petugas. Petugas tersebut menghitung uang pecahan Rp50 ribu sebelum menyerahkan ke turis. Ketika ia menyerahkan sebagian uang, sebagiannya lagi yang dipegang tampak ia jatuhkan diam-diam. Sayangnya, aksi tersebut terekam kamera yang digunakan turis. "I record you, Bro! You know? Look! I'm recording you. The money? Quickly. I'm recording that. If you have the program, I'll call the police,” ujar turis tersebut. Dikonfirmasi oleh Kapolsek Ubud, Kompol I Wayan Putra Antara, ia membenarkan peristiwa itu. Hal itu terjadi di daerahnya pada 4 Oktober lalu. Ia menyebut money changer milik I Ketut Sudirta tersebut berada di Lingkungan Junjungan, Kecamatan Ubud, Gianyar. – Selengkapnya kunjungi website dengan klik link di bio atau download aplikasi di AppStore dan Google Play Store. #InilahNews #MoneyChanger #VideoViral #WNA #Turis ♬ original sound – Inilah.com

Netizen kecam tindakan lelaki itu cuba curi wang pelancong

Mejengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pekerja berkenaan yang cuba mengambil kesemapatan terhadap pelancong asing.

Tidak hanya itu, mereka turut menyatakan perbuatan individu berkenaan sebagai memalukan serta boleh mencemarkan nama negara Indonesia.

Segelintir netizen juga berpendapat bahawa itu bukanlah kali pertama pekerja terbabit melakukannya dan sebelum ini pasti sudah ada pelancong yang menjadi mangsanya.

“Langsung panik”

image is not available

“Aku juga pernah ditipu dengan money changer”

image is not available

image is not available

image is not available

View Original Article