“I Said YES” – Bukan Gimik Untuk Lagu Baru, Nabila Razali Bakal Tamatkan Zaman Bujang!

Music
13 Nov 2023 • 9:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laman Instagram penyanyi dan pelakon, Nabila Razali yang terbaru, dia memuat naik foto memaparkan dirinya sedang dilamar oleh kekasih hati.

Dapat dilihat dalam gambar tersebut teman lelaki Nabila sedang melutut seakan-akan mahu menyarungkan cincin ke jari penyanyi tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

Sebelum ini, ada khabar angin mengatakan Nabila sudah bertunang dengan kekasih tetapi netizen kebanyakkannya tidak mempercayai perkara tersebut memandangkan penyanyi itu sering membuat gimik ‘kahwin’ ataupun ‘putus cinta’ jika hendak mengeluarkan lagu baru.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata rakan selebriti serta peminat mengucapkan tahniah buat Nabila dan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

image is not available

image is not available

image is not available 5 days ago

Diraikan Rakan-Rakan Dalam 'Bachelorette Party', Nabila Razali Bakal Nikah 13 November Ini?