“I Tak Campur Urusan My Dad” – Pernah Hadir Majlis Tunang, Anak Jawab Dengan Matang Isu DS Khazrul & Anjoulie

13 Feb 2023 • 1:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isu di antara Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey masih belum berakhir di mana masing-masing memberikan kenyataan balas di media sosial.

Anak perempuan Khazrul dikenali sebagai Syareen juga meraih perhatian netizen baru-baru ini dan turut terkena tempias apabila dia disoal tentang hubungan ayahnya.

Menerusi Instagram, Syareen telah disoal oleh seorang individu tidak dikenali berkenaan kontroversi di atara Khazrul dan Anju.

Dia ditanya jika ‘persengketaan’ di antara ayahnya dan Anju mengganggu bisnes dan pekerjaannya. Syareen bagaimanapun menjawab ia tidak terjejas kerana dia tidak pernah masuk campur urusan peribadi ayahnya.

I tak campur pun urusan my dad. I tak back up my dad., I tak back up Mama Anju. Sebagai anak, saya doakan yang terbaik untuk keduanya.”

image is not available

Syareen berkata dia percaya ayahnya mampu untuk selesaikan masalah yang dihadapinya ketika ini dengan baik dan bersikap neutral dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

image is not available 2 hari lalu

"Kau Cakap Ex Wife Aku Seksi, Cuba Google Gambar Kau Sendiri" - DS Khazrul Elzey