‘I tak nak wife rosak, baik I kahwin dengan perempuan lain’ – Suami kesal isteri bersalin secara Czer

LocalFamily & Parenting
28 Aug 2024 • 1:43 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini, tular gambar tangkap layar perbualan WhatsApp antara suami isteri yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Difahamkan, pengadu yang menggunakan nama samaran Bunga Tersakiti di TikTok memaklumkan, dia diberi layanan yang dingin oleh suaminya hanya kerana memilih untuk bersalin secara pembedahan, ceasarean atau czer.

“Saya keluar dari bilik pembedahan, dalam keadaan bius lagi saya cari telefon dulu. Buka chat WhatsApp kena maki (suami) sebab emergency czer?

“Hari yang sama juga, saya pujuk dia elok-elok, spam chat semua hanya untuk dilayan macam tu. Saya masuk bilik pembedahan tanpa kehadiran dia.

“Walaupun semua ini sudah berlalu, namun masih terasa sakit. Dia boleh cakap dengan keluarga yang saya tak bagi dia hak menjaga. Sedangkan dia tak ada pun di samping saya ketika itu,” katanya.

Berdasarkan gambar tangkap layar yang disertakan, si suami terdahulu tidak membenarkan Bunga bersalin secara czer kerana tidak mahu badan isterinya rosak. Malah, dia mengugut untuk berkahwin dengan perempuan lain jika Bunga berbuat demikian.

“Sayang, tak payahlah. Rosak badan tu. I tak nak dapat wife rosak. Umur macam ni, nak operate buat apa? Baik I kahwin dengan orang lain je, yang elok sihat lagi. Bodoh gila. I tak naklah dengan you lagi,” kata suaminya.

Walaupun dilayan sedemikian rupa, Bunga tetap membalas mesej suaminy dengan baik dan berharap lelaki itu terbuka hati untuk membalas mesejnya. Malangnya si suami kelihatan acuh tak acuh menjawab mesej Bunga.

“Pandai-pandailah. Tak payah chat pun tak apa, you dah rosak. Lawak, orang bodoh je nak operation,” katanya.

Bunga sekali lagi menjelaskan, dia sendiri mahu bersalin secara normal. Tetapi atas sebab tertentu, doktor memutuskan Bunga perlu bersalin secara czer.

image is not available