Trump beri amaran kepada Iraq

6 Jan 2020 • 7:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

WASHINGTON - Jika kerajaan Iraq memaksa tentera Amerika Syarikat (AS) keluar dari negara itu, Baghdad bakal berdepan sekatan yang belum pernah mereka saksikan selama ini,” lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Presiden Donald Trump semalam.

Trump berkata, prospektif penalti ekonomi itu akan jauh melebihi sekatan melumpuhkan yang dikenakan AS ke atas Iran, sambil menambah, “Jika terdapat sebarang sikap permusuhan, yang mereka lakukan yang kami fikir adalah tidak wajar, kami akan mengenakan sekatan ke atas Iraq, sekatan yang amat besar ke atas Iraq.”

Amaran itu dikeluarkan selepas Parlimen Iraq meluluskan satu resolusi yang menggesa kerajaan mengusir tentera AS sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan Jeneral Iran iaitu Qassem Soleimani, yang merupakan bekas Ketua Arkitek Operasi Serantau Teheran.

Jabatan Negara AS meluahkan kekecewaan terhadap keputusan itu dan menggesa Baghdad menimbangnya semula.

Trump membuat ugutan itu selepas merujuk pelaburan ketenteraan AS di Iraq, terutama ...


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved