Menteri Kewangan menghadap Sultan Selangor

29 May 2020 • 4:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam.

Selangor Royal Office menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan pertemuan tersebut berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

"Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

"Turut berangkat, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah," tulis pentadbir Facebook berkenaan.

image is not available
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam.


View Original Article