Polis lebih keras laksana PKP fasa dua: Ismail Sabri

2 Apr 2020 • 3:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bertindak lebih keras dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memasuki fasa kedua.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan tegas itu bagi memastikan seluruh rakyat mematuhi arahan yang ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian pandemik wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

"Walaupun ada penurunan kes dari segi jumlah mereka yang ditahan tetapi polis masih seperti biasa, meneruskan tindakan mereka. Tindakan mereka kini di tahap keras.

"Mula-mula berlembut dan nasihat, selepas itu bertukar tegas dan kini 'mood' polis keras," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.

Melihat kepada perkembangan terbaru itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan yang ditetapkan itu.

"Jadi, saya harap janganlah perkara itu dilakukan (langgar PKP) kerana yang akan menanggung akibat ialah diri sendiri.

"Kepada rakyat yang patuhi arahan yang dikeluarkan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih," katanya.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved