Ogos lalu Xiaomi, Oppo dan Vivo telah bersetuju untuk menyeragamkan sistem pemindahan fail yang digunakan pada peranti keluaran mereka. Selepas pengumuman dilakukan tiada maklumat bilakah sistem ini akan diperkenalkan sehinggalah hari ini. Oppo akan menjadi pengeluar pertama menggunakan protokol Mobile Direct Fast Exchange pada Februari 2020.

Kepada pengguna di Malaysia jika anda ingin memudahkan penghantaran fail antara peranti Android kami menyarankan anda menggunakan aplikasi Google Files.

