11 lelaki ingkar PKP ditahan

27 Mar 2020 • 2:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

MANJUNG - Polis menahan 11 lelaki selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melepak dan minum dalam kumpulan di tiga kawasan berasingan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kesemua individu berusia 24 hingga 67 tahun itu ditahan sekitar Sitiawan, Ayer Tawar dan Pangkor di sini.

“Dalam kejadian antara jam 8 malam hingga 2 pagi itu, mereka ditangkap kerana ingkar arahan dan enggan bekerjasama dengan pihak polis yang menjalankan rondaan PKP.

“Kesemua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini dan dibenarkan direman selama empat hari sehingga 30 Mac bagi meneruskan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved