Lelaki positif Covid-19 pukul, gigit jururawat

6 Apr 2020 • 3:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

CHINA - Seorang lelaki berasal dari Nigeria yang juga pesakit koronavirus (Covid-19) bertindak ganas memukul dan mencederakan seorang jururawat di People's Hospital, Guangzhou, China.

Menurut laporan 'World of Buzz', lelaki bernama Okonkwonwoye Chika Patrick dilaporkan enggan memberikan kerjasama ketika jururawat bertugas melakukan ujian darah ke atasnya.

Lelaki itu kemudiannya keluar dari wad isolasi, namun ditahan jururawat tersebut sebelum dia bertindak agresif memukul dan menggigit bahagian muka jururawat berkenaan.

Akibat tindakan tersebut, jururawat berkenaan bukan sahaja mengalami kecederaan pada muka, leher dan pinggang, malah berisiko dijangkiti Covid-19.

Lelaki berkenaan kemudian ditahan dan bakal didakwa mengikut Undang-undang Pencegahan dan Rawatan Penyakit Berjangkit, Undang-undang Jenayah dan Undang-undang Pentadbiran Keluar dan Masuk selepas proses rawatan Covid-19 selesai.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved