“Ia Disengajakan” – Tun Mahathir Buka Mulut Isu Kontroversi Tiada Bulan Sabit Pada Jalur Gemilang [Video]

LocalPolitics
29 Apr 2025 • 11:27 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sekitar dua minggu lalu, kecoh di media sosial isu mengenai kesilapan pada bendera kebanggaan rakyat Malaysia, Jalur Gemilang.

Lihat sahajalah, ada sahaja kisah yang timbul sepanjang minggu tersebut yang mendapat perhatian ramai termasuklah pemimpin negara, Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).

Antara yang menjadi bualan adalah ketiadaan elemen bulan sabit pada Jalur Gemilang yang dipaparkan pada dada akhbar tempatan serta keadaan ilustrasi bendera tidak lengkap yang dipamerkan di ekspo bayi dan buku terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Walaupun pihak yang berkenaan telah membuat permohonan maaf, namun ia masih lagi tidak dapat memuaskan hati ramai pihak.

Tun M Berpendapat Isu Bendera Malaysia Tidak Lengkap Kesilapan Yang Disengajakan

Terbaharu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir atau juga dikenali dengan Tun M, menyuarakan pandangannya tentang isu hangat tersebut.

Menerusi sedutan video audio siar Podcast Dr M Episod 5 yang dikongsikan di Facebook beliau, Tun M berpendapat ketiadaan elemen bulan sabit pada bendera Malaysia adalah kesilapan yang disengajakan.

“Ini disengajakan, bukan kesilapan. Ini sengaja dibuat. Nak tunjuk bahawa tidak ada simbol Islam dalam bendera kita.  Jadi, dikeluarkan bulan sabit dan dikekalkan simbol bintang,” katanya.

Dakwa Ada Pihak Yang Mahu Menyamakan Malaysia Dengan Negara Komunis

Malah, Tun M yang juga dikenali sebagai Bapa Pemodenan Malaysia menganggap ia berkemungkinan tindakan segelintir pihak yang mahu menyamakan Malaysia dengan komunis.

“Bintang ini kita lihat ada negara yang menggunakan bintang sahaja termasuk negara komunis.

“Dia (komunis) cuma letak bintang, satu bintang besar, empat bintang kecil iaitu negara komunis. Negara komunis semua menggunakan bintang.

“Jadi, mungkin ada juga keinginan nak samakan Malaysia dengan Komunis, bukan tak tahu, tahu,” ujarnya lagi.

Tak Boleh Terima Kesalahan Kesilapan Pada Jalur Gemilang

Tegas Tun M lagi, beliau tidak boleh menerima kesalahan yang dilakukan oleh segelintir pihak berkaitan Jalur Gemilang. Beliau kekal berpendapat, ia adalah kesilapan yang disengajakan.

Malah, Tun M turut mempunyai pandangan yang sama tentang isu kalimah Allah SWT pada stoking yang pernah tular pada satu masa dahulu.

“Saya tak boleh terima bahawa mereka tersilap. Tiada kesilapan di situ. Ia disengajakan.

“Nak keluar bulan daripada bendera (Jalur Gemilang) bukan satu perkara yang berlaku tanpa disedari. Ia dengan sedar.

“Termasuk juga apabila dibubuh nama Allah SWT di stoking. Kita tahu kita nak pakai stolking di kaki. Macam kita pergi jejak (pijak) sesuatu dengan kaki.

“Jadi sengaja bubuh nama Allah SWT di stoking lepas tu nak jejak (pijak) tuhan yang orang Islam sembah. Itu semua disengajakan.

“Saya ingat ada orang ekstremis, yang tak fikir sensitiviti kaum-kaum lain yang berbuat macam ini dan kita pula kata ‘ooo itu tersilap’ bukan tersilap, dia buat dengan sengaja,” kata Tun lagi.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi, Ada Yang Sokong Pendapat Tun M

Perkongsian yang telah mendapat lebih 413,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri tentang kenyataan Tun M.

Ada yang menyokong dan mengiyakan apa yang diperkatakan oleh bekas pemimpin negara itu.

Namun, ada segelintir yang berpendapat ia bukanlah satu kesilapan yang disengajakan apatah lagi penghasilan ilustrasi tersebut dipercayai menggunakan teknologi terkini.

Ini antara komen menarik pengguna Facebook:

“Betul Kata Tun, Mereka Nak Test Power, Buang Bulan Sabit Seperti Menidakkan Agama Islam Sebagai Agama Rasmi & Raja Berpelembagaan”

image is not available

“Tun Tak Faham Apa Itu AI, Tak Pernah AI Guna Untuk Hasilkan Imej, Lebih Baik Diam Sajalah”

image is not available

“Saya Pun Rasa Disengajakan”

image is not available

“Betul Kata Tu, Ini Bukan Kesilapan, Ini Agenda”

image is not available

“Editor Dengan QC Tak Function Bila Buat Kerja?Terpaling AI Konon, Takkan Tak Ada Editor Yang Semak Setiap Risalah Yang Nak Dikeluarkan”

image is not available

Source: