“Ianya Album Amerika..” – Tunjuk Perasaan Benci Pada BTS, Podcast New York Times Dikritik Ramai

Music
6 Dec 2023 • 10:52 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Apa jadi ni?

Baru-baru ini, Podcast New York Times telah mengeluarkan satu episod yang bertajuk “Jung-kook, BTS and English Language K-Pop”. Di mana, ianya dihoskan oleh Jon Caramanica dan tetamu Kara, yang juga merupakan hos bagi podcast “The Idol Cast”.

Di dalam podcast tersebut, mereka telah mengkritik BTS kerana mengeluarkan lagu-lagu di dalam bahasa Inggeris seperti “Dynamite”, “Butter”, “Permission to Dance”.

Kara berkata,

Orang yang buat lagu mereka semua orang Amerika, jadi saya tak faham kenapa mereka nak suruh artis K-Pop yang nyanyikan lagu-lagu tersebut. Ianya pada asasnya adalah album Amerika dengan muka artis K-Pop sahaja.

Tambahnya,

Ramai yang kata lagu dan suara Jung-kook lebih kurang seperti Justin Timberlake. Kenapa nak lelaki Korea nyanyi lagu seperti Justin Timberlake bila kita dah ada Justin Timberlake? Ianya seperti saya nak tengok cerita Trolls 3 tapi saya tak perlu pergi ke Korea semata-mata untuk menonton cerita itu sebab dekat sini pun dah ada.

Rata-rata peminat berasa terkejut dengan ‘kenyataan panas’ ini. Malah, ramai yang merasakan bahawa kedua-dua hos itu berfikiran sempit dan xenofobia.

Tidak berhenti di situ, Kara juga telah menyekat ARMY (kelab peminat BTS) melalui akaun media sosial “The Idol Cast” dan enggan meminta maaf serta mengakui kritikan tersebut.

Sehingga kini, episod podcast itu masih lagi belum dipadam dan New York Times juga tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article