“Ibadah Atau Content?” – Netizen Kecam Selebriti Buat Gender Reveal Depan Kaabah

LocalFamily & Parenting
17 Dec 2025 • 11:25 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tindakan selebriti, Neera Azizi, membuat gender reveal anak sulung ketika berada di Makkah mengundang rasa kurang senang netizen.

Perkongsian video itu yang memaparkan Neera mendedahkan jantina anaknya di hadapan Kaabah mencetuskan perdebatan hangat tentang adab dan kesesuaian membuat content di tanah suci.

Netizen persoal adab buat content di tanah suci

Ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa dan terganggu apabila Makkah dijadikan lokasi untuk tujuan kandungan media sosial, apatah lagi melibatkan aktiviti berbentuk pengumuman peribadi seperti itu.

image is not available

Mereka tidak berniat mahu jadi joykiller tetapi kecewa melihat aksi sebegitu di hadapan Kaabah yang perlu dihormati.

Seorang lagi pengguna turut meluahkan rasa terkilan dengan kecenderungan segelintir jemaah yang merakam video hanya untuk tontonan media sosial.

image is not available
image is not available

Sementara itu, ada juga komen yang menyebut bahawa suami Neera sendiri merupakan mutawif, membuatkan tindakan tersebut menjadi lebih dipersoalkan oleh netizen.

Perdebatan ini akhirnya mencetuskan perbincangan lebih luas tentang batasan berkonten ketika berada di tanah suci dan keperluan menjaga adab dalam kawasan yang dimuliakan umat Islam.

Pssttt! Bila sesuatu yang sepatutnya bersifat khusyuk dijadikan kandungan, ia mudah dianggap tidak menjaga sensitiviti. Diharapkan semua pihak lebih berhati-hati dan memahami batasan, terutama apabila berada di tempat yang dimuliakan seluruh dunia.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Ibadah Atau Content?” – Netizen Kecam Selebriti Buat Gender Reveal Depan Kaabah appeared first on Oh! Media.