“Ibarat Korang Hina Golongan Tu” – Sering Digelar OKU, Ratu ‘Sound’ Netizen

Music
4 Nov 2022 • 12:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pengguna tegar aplikasi TikTok pasti mengenali influencer bernama Ratu Farah Diva, dimana dia dikenali sering membuat pickup line yang mencuit hati serta suaranya sering digunakan menjadi parodi.

Sejak kontennya meraih perhatian, Ratu juga pernah dijemput untuk sertai dalam muzik video usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri baru-baru ini.

Biarpun mendapat undangan dari pelbagai rancangan TV dan event-event hiburan, pempengaruh ini tidak terlepas dari menjadi bahan kecaman warganet.

Dalam live TikTok baru-baru ini, Ratu ada meluahkan rasa terkilannya terhadap individu-individu yang mengelar dia sebagai orang kurang upaya (OKU).

Bukan saja terkilan, malah dia turut menafikan bahawa dirinya adalah OKU dan beranggapan netizen yang mengutuknya seperti itu, secara tidak langsung telah menghina golongan istimewa tersebut.

image is not available

Meninjau di ruangan komen, netizen mempersoalkan individu mana yang sanggup berkata sedemikian dan tidak lupa juga, ramai yang menegaskan bahawa mereka tidak menyukai influencer yang sering mengeluarkan perkataan kesat.

Sehingga artikel ini ditulis, video live TikTok itu meraih lebih 150,000 tontonan daripada pengguna dan sebanyak 3000 tanda suka diterima.

image is not available 2 minggu lalu

"Mencarut Tak Pelat Pulak, Nampak Sangat Dah Biasa" - Jerit Bab* Puk*mak Lanc*u, Ratu Teruk Dikecam Netizen

View Original Article