Ibarat “Mermaid Man & Bernacle Boy”, Viral Remaja Naik Kereta Halimunan Lalu “Drive Thru”

Cars
11 Nov 2022 • 10:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ibarat “Mermaid Man & Bernacle Boy”, Viral Remaja Naik Kereta Halimunan Lalu “Drive Thru”

Masa kecil-kecil dahulu, kita dihiburkan dengan kereta halimunan milik Mermaid Man dan Bernacle Boy dalam siri kartun, Spongebob. Namun, siapa sangka pada tahun 2022, kereta halimunan benar-benar ‘wujud’.

Bukan itu sahaja, pemandu kereta ‘halimunan’ tersebut membawa rakan-rakannya untuk ‘mengeteh’ di sebuah restoran makanan segera dengan melalui laluan pandu lalu.

Rakaman kereta ‘halimunan’ ini dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@sy4wan) yang menunjukkan pengalaman mereka untuk membeli makanan menerusi laluan pandu lalu, dengan menggunakan kenderaan ‘istimewa’ mereka.

Difahamkan, kenderaan bersifat ajaib itu boleh memuatkan lapan orang penumpang, termasuk seorang ‘pemandu’.

Dalam video tersebut, mereka sedang membuat pesanan menerusi antara muka yang terdapat pada luar restoran segera tersebut.

Untuk makluman, video tersebut telah meraih perhatian warganet dengan 993,8K jumlah tontonan 126.6K tanda suka, 858 komen dan dikongsi sebanyak 917 kali.

Rata-rata, reaksi warganet terhadap video kereta ‘eksklusif’ tersebut sangat menghiburkan. Mereka berseloroh atas kelakuan mencuit hati yang ditunjukkan oleh sekumpulan pemuda tersebut.

Ada yang berminat untuk membelinya secara online

image is not available
Kredit: TikTok

 

Macam mana nak pandu, kalau kita sendiri tak dapat nampak kereta tu

image is not available
Kredit: TikTok

Ada juga bertanyakan mengenai kos liabiliti yang pernuh ditanggung oleh pemilik kereta ‘halimunan’

image is not available
Kredit: TikTok

Sumber: @sy4zwan via TikTok

View Original Article