IBM dan AMD Jalin Kerjasama Membangunkan Komputer Kuantum

TechnologyDigital
27 Aug 2025 • 2:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Komputer kuantum memendekkan perkiraan matematik yang memerlukan superkomputer tradisional 10 septilion tahun (lebih lama daripada usia lama semesta) ke 5 minit sahaja. Walaupun mempunyai potensi yang besar, komputer kuantum komersial masih belum dihasilkan kerana isu hingar dalam melakukan kira-kira menyebabkan ia tidak boleh digunakan untuk semua tugasan.

image is not available
IBM Quantum System Two

IBM dan AMD telah menandatangani kerjasama untuk membangunkan superkomputer dengan senibina yang boleh dikomersialkan. Ia kemudiannya boleh dikembangkan dan menggunakan sumber terbuka bagi membolehkan ia diakses penyelidik dan pembangun bagi menyelesaikan masalah kompleks untuk kajian sains dan logistik.

Ini dilakukan menerusi integrasi CPU, GPU, dan FPGA yang dibangunkan oleh AMD ke dalam komputer kuantum IBM. Kepakaran AMD adalah bernilai kerana mereka sudah mempunyai kepakaran membina superkomputer terpantas dunia El Capitan yang baru-baru ini boleh meramal tsunami secara masa nyata.

View Original Article