IBM Membina Komputer Kuantum 20,000 Kali Lebih Berkuasa Dengan Quindecillion Memori Superkomputer Semasa

TechnologyDigital
11 Jun 2025 • 8:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

IBM mengumumkan rancangan membina komputer kuantum mereka yang 20,000 kali ganda lebih berkuasa berbanding komputer kuantum sedia ada. Komputer IBM Quantum Starling ini dijangka siap menjelang 2029 dan turut memerlukan quindecillion (1048) lebih banyak memori berbanding superkomputer yang wujud sekarang.

Apabila beroperasi kelak, ia akan menjadi komputer kuantum berskala besar bertoleransi kesalahan pertama di dunia yang menjadi pentas kepada pengkomputeran kuantum yang praktikal dan berskala. Quantum Starling akan ditempatkan di Pusat Data Kuantum IBM di Poughkeepsie, Amerika Syarikat.

image is not available

IBM menyasarkan Quatum Starling boleh melakukan 100 juta operasi kuantum menggunakan 200 qubit logikal. Sekiranya ini dicapai, IBM akan membina pula Quantum Blue Jay dengan kemampuan 1 bilion operasi kuantum menggunakan 200 qubit logikal.

Komputer kuantum dibangunkan bagi menyelesaikan masalah matematik yang sebelum ini dikatakan tidak boleh diselesaikan. Tahun lalu Google mengumumkan cip kuantum Willow mereka boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan superkomputer kedua terpantas dunia Frontier 10,000,000,000,000,000,000,000,000 (10 septilion) tahun dalam masa kurang 5 minit. 10 septilion tahun ialah lebih tua daripada usia alam semesta.

Komputer kuantum berbeza dengan komputer biasa kerana ia tidak menyimpan data dalam bentuk binari. Sebaliknya ia menggunakan unit asas qubit yang boleh mempunyai dua nilai binari (0, 1) . Dua qubit memberikan empat nilai (00, 01, 10, 11) manakala tiga qubit mempunyai lapan nilai (000, 001, 010, 100, 011, 110, 101, 111). Peningkatan secara eksponen Ini membolehkan ia melakukan lebih banyak perkiraan serentak berbanding komputer konvensional.