Ibrahim Manusi diumum pemain baharu Harimau Selatan

LocalFootball
16 Jun 2025 • 10:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ibrahim akan menyarung jersi nombor 27 bersama skuad Harimau Selatan. Foto Facebook Johor Southern Tigers.

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus memperkukuh barisan pemain mereka menjelang musim baharu Liga Super dengan membawa masuk bekas pemain tengah Sri Pahang, Ibrahim Manusi.

Pengumuman mengenai penyertaan pemain berusia 23 tahun itu dibuat menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

"Hanya ada satu tempat untuk melonjakkan mutu bola sepak ke tahap lebih tinggi. Selamat datang ke Harimau Selatan, Ibrahim Manusi,” menurut kenyataan itu.

Ibrahim akan menyarung jersi nombor 27 bersama skuad Harimau Selatan.

Sebelum ini, JDT turut mengumumkan kemasukan dua pemain import iaitu penyerang Brazil Jairo Da Silva dan pertahanan Sepanyol Antonio Glauder. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved