Ibrahimovic pecah rekod Euro

Football
25 Mar 2023 • 11:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ibrahimovic. Foto: AFP

PENYERANG Sweden, Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

Ibrahimovic masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-73 dalam perlawanan kumpulan F Euro 2024 di Solna.

Pada usia 41 tahun, lima bulan dan 21 hari, Ibrahimovic kini mengatasi rekod bekas penjaga gol Itali, Dino Zoff, yang bermain menentang Sweden pada 29 Mei 1983, ketika berusia 41 tahun, tiga bulan dan satu hari.

Ibrahimovic yang kini beraksi bersama AC Milan turut menjadi pemain tertua yang menjaringkan gol dalam sejarah Serie A ketika menentang Udinese Calcio hujung minggu lalu.

Awal minggu ini Ibrahimovic menegaskan, yang dia mahu beraksi di pusingan akhir Euro di Jerman tahun depan dan pada usia 42 tahun, dia bakal menjadi pemain tertua pernah menyertai kejohanan itu.

Bagaimanapun hasrat Ibrahimovic itu tidak selari dengan permulaan kempen Sweden yang kini di tangga tercorot Kumpulan F selepas hatrik Romelu Lukaku memberikan jurulatih baharu Belgium Domenico Tedesco permulaan yang cemerlang selepas menggantikan Roberto Martinez.

"Mendapat tiga mata dan menjaringkan tiga gol di Sweden tidak pernah mudah untuk mana-mana pasukan. Kemenangan sentiasa menjadi perkara terbaik untuk pasukan," kata Tedesco.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved