Ibu Aliff Aziz Sudah ‘Unfollow’ Bella Astillah Di Instagram, Nama Ruhainies Ada Dalam ‘Following’

Entertainment
18 Mar 2024 • 4:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, ibu Aliff Aziz iaitu Hafiza mengesahkan anak lelakinya itu telah pulang ke rumah keluarga di Singapura selepas memuat naik video mempamerkan penyanyi tersebut.

Menerusi rakaman itu, Aliff dan kedua ibu bapanya dipercayai baru selesai solat berjemaah dan dia kemudian didengari membacakan doa.

image is not available 23 hours ago

Anak Sudah Pulang Ke Pangkuan Keluarga, Ibu Aliff Aziz - "Dengan Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan"

 

Dah unfollow Bella?

Dalam pada itu, Fiza juga dilihat tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya, Bella Astillah.

image is not available

Bagaimanapun, semakan mendapati Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah masih mengikuti akaun Instagram ibu mentuanya itu.

Seperti yang ramai ketahui, Bella sebelum ini sudah membuat permohonan cerai namun pada sebutan pertama tuntutan tersebut di mahkamah, Aliff gagal menghadirkan diri.

 

Nama Ruhainies dalam senarai ‘following’

Apa yang mencuri perhatian, dalam senarai ribuan pengikut akaun Instagram Fiza, dia juga dilihat mengikuti pelakon wanita yang ditangkap khalwat bersama anak lelakinya itu, Ruhainies.

image is not available

Sebelum ini, Fiza dilihat kerap memuat naik Story petikan ayat berunsur doa, nasihat dan kata-kata muhasabah diri.