Ibu amuk, ugut guna gunting, anak halang pergi bank kirim duit kepada scammer

LocalOpinion
28 Dec 2024 • 2:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di platform apabila seorang anak mendakwa ibu amuk sehingga tergamak ugut mahu membunuh diri dengan menggunakan gunting gara-gara menghalangnya pergi ke bank bagi membuat transaksi kepada individu tidak dikenali.

Menerusi video berdurasi seminit, memperlihatkan wanita berkenaan seolah-olah mengamuk, cuba mencampak dan terbalikkan semua barangan yang berada berhampiran dengannya.

“Dia kata saya kurung dia. Bukan tak nak bawa tapi sebab Ummi nak pergi Maybank dan transfer duit kepada scammer,”katanya.

image is not available

image is not available

Menurut pengguna TikTok dikenali yaisyahaha, minda ibunya seolah-olah dipukau sehingga tidak dapat membezakan perbuatan yang betul atau sebaliknya.

Ibu amuk anak halang pergi bank

Dedah anak kepada wanita itu, ibunya kini sudah mempunyai banyak hutang disebabkan mahu memberi wang kepada ‘scammer’ tersebut.

“Kami anak-anak ummi tak kaya, cari duit untuk senangkan ummi.
“Tapi ummi senangkan scammer,”luah si anak.

image is not available

Dalam pada itu, dia juga mohon maaf, selain meminta orang terdekat agar tidak memberi wang andai ibunya ada menghantar mesej dan ‘reka’ cerita sedih.

Katanya lagi, dia dan adik-beradik lain akan cuba membayar hutang yang telah dibuat oleh ibu mereka selama ini.

image is not available

Banyakkan sabar

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dan meminta si anak bersabar melayan kerenah ibu.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Tidak kurang juga ada yang meminta anak-anak memantau ibu bapa bermain telefon kerana bimbang menjadi mangsa tipu daya dalam talian yang semakin membimbangkan.

Sumber: TikTok @yaisyahaha