Ibu, anak maut disyaki akibat keracunan makanan

LocalFamily & Parenting
15 Aug 2025 • 1:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Seorang wanita dan anaknya maut disyaki akibat keracunan makanan selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan di kawasan penempatan penduduk di Batu 4 Jalan Apas di sini, Sabtu lepas.

Mangsa, Nazuah Pili, 36, dengan anaknya, Mohd Amran Masran yang berumur sembilan tahun tidak sedarkan diri selepas mengalami cirit-birit dan muntah berjam-jam lamanya sebaik tiba ke rumah mereka kira-kira jam 11 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata kes itu dilaporkan oleh seorang wanita, 24, yang juga anak saudara mangsa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Pengadu curiga jika kematian ibu dan anak terbabit mempunyai kaitan dengan keracunan makanan selepas menghadiri sebuah majlis kenduri kahwin di Batu 4 Jalan Apas,” katanya di sini pada Rabu malam.

“Selain itu, berdasarkan keterangan suami mangsa, isterinya turut membawa pulang makanan dari kenduri itu dan suami mangsa turut mengalami cirit-birit dan muntah sejak pagi Ahad hingga petang Isnin selepas memakan makanan terbabit,” katanya.

Beliau berkata pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan keracunan makanan itu, manakala pasukan forensik polis turut menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bedah siasat terhadap kedua-dua mayat selesai dijalankan pada kira-kira 6.30 petang (Rabu) dan didapati tiada kesan kecederaan pada mayat,” katanya.

Champin berkata pihaknya juga sedang mendapatkan keterangan saksi lain yang turut menghadiri majlis kenduri itu, khususnya bagi mengenal pasti mereka yang turut mengalami gejala serupa.