
Tuaran: Dua beranak maut dirempuh sebuah kereta ketika berjalan kaki melintas Jalan Kota Kinabalu-Tuaran berhampiran simpang Kampung Rugading di sini, awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Superitendan Noraidin Ag Maidin berkata, kejadian terbabit berlaku pada jam 5.50 pagi melibatkan dua mangsa wanita itu dan sebuah kereta Perodua Myvi.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan serta kepala, dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa sedang melintas jalan raya lalu dirempuh kereta yang dipandu dari arah Kota Kinabalu menghala Tuaran,” katanya.
SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more Noraidin berkata, pemandu kenderaan terbabit tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran dan ditahan reman bagi membantu siasatan.
Siasatan kes diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Saksi awam yang melihat kejadian itu diminta tampil ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Haffiz melalui talian 011-61600964.
Difahamkan, mengikut sumber orang awam di lokasi, mangsa adalah seorang ibu yang menemani anaknya ke sekolah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



