Ibu, Anak Maut Nahas

30 Oct 2022 • 11:38 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA PILAH - Dua beranak maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Jalan Teraci, Tanjung Ipoh, di sini awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 11, Norhirwan Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.21 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti dan Kuala Pilah ditugaskan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, anggota bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang terbabas.

“Mangsa terdiri daripada lima sekeluarga, dengan dua daripada mereka iaitu pasangan ibu dan anak disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya, hari ini.

Menurut Norhirwan, mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan ringan.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan pihak polis bagi mengenal pasti punca nahas,” katanya. - Getaran, 30 Oktober 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved