Ibu Anna Jobling Berang Digelar Ba*i Oleh Netizen – “Tak Tahu Cerita Sebenar”

LocalEntertainment
19 Aug 2025 • 1:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kemelut antara pelakon jelita, Anna Jobling dengan ibunya, Ariz Arop terus mencuri perhatian netizen selepas tular video mendakwa Anna pernah menghinanya dengan kata-kata kesat serta menghalaunya keluar dari kereta.

Situasi tegang itu semakin memuncak apabila Ariz berkongsi tangkap layar komen netizen yang melabel dirinya sebagai babi di IG Stories.

Seorang netizen menulis, tindakan Anna hanyalah usaha menyelamatkan diri kerana ibunya dikatakan tidak berubah, justeru tidak wajar dianggap derhaka.

image is not available

Namun, Ariz segera membalas komen tersebut dengan menegaskan netizen tidak tahu fakta sebenar. Dia menegur agar orang ramai menjaga tepi kain sendiri dan tidak membuat tuduhan melulu.

Kalau saya pig, anak saya piglet? Jadi awak spesis apa pula?

Sebelum ini, Ariz meluahkan rasa keliru apabila menerima surat peguam daripada Anna, sekali gus menggambarkan hasrat anaknya untuk memutuskan hubungan ibu-anak secara kekal.

image is not available 2025-08-18 13:47:27

"Anak Dah Hulur RM10k Sebulan" – Individu Dakwa Sepupu Dedah Ibu Anna Jobling Tak Hargai Pengorbanan

View Original Article