Ibu Bapa Buat Tak Tahu Anak Terpekik Melolong, Pelanggan Berang Sampai Ada Yang Keluar Kafe

23 Jun 2023 • 4:36 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Anak memekik dalam kafe, tindakan ibu bapa ini tenang berborak buat netizen berang

Ibu Bapa Buat Tak Tahu Anak Terpekik Melolong, Pelanggan Berang Sampai Ada Yang Keluar Kafe. Bingit suara kanak-kanak memekik sememangnya boleh menghilangkan selera makan dan mengganggu ketenangan awam.

Baru-baru ini, seorang individu memuat naik video yang memaparkan tindakan ibu bapa yang hanya berdiam diri apabila anaknya berterusan menjerit di dalam restoran.

image is not available
Sumber: TikTok

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok itu, individu tersebut meluahkan rasa tidak puas hati dengan perangai ibu kepada kanak-kanak itu kerana disifatkan tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.

Menjerit selama sejam, ramai tidak selesa

Bukan itu sahaja, beliau turut menyatakan bahawa kanak-kanak itu telah ‘memekik’ selama sejam, membuatkan pelanggan lain berasa tidak selesa.

image is not available
Sumber: TikTok

Malah, beliau berkata, ada pelanggan yang ‘angkat kaki’ gara-gara tidak tahan dengan bunyi bising teriakan kanak-kanak berkenaan.

Perkara seperti itu sering terjadi di tempat awam

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut mengecam tindakan ibu bapa itu yang dianggap tiada common senses.

@papayen91

Kalau korang, korang buat apa? Kids will always be kids, parents tolonglah jaga, ni tak, sambung borak dah kenapa? Nak gain apa? Hatred? Oh ya, budak tu BUKAN AUTISM/DOWN SYNDROME, take note on that

♬ original sound – PAPAYEN – PAPAYEN

Bahkan, beberapa netizen mendakwa kejadian seperti itu kerap berlaku serta kesal dengan ibu bapa yang mementingkan diri sendiri.

Baca juga artikel yang berkaitan: