Ibu bapa dipelawa mohon insentif RM100 yuran tadika, terhad dua anak

6 Apr 2023 • 12:04 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 6 APRIL: Seramai 3,355 kanak-kanak berusia lima dan enam tahun berpeluang menerima insentif penjagaan tadika berjumlah RM100 sebulan, kata Yayasan Warisan Anak Selangor.

Penolong Pengurus Korporat Sharizan Mohd Shariff berkata pendaftaran Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) masih dibuka bagi memastikan keluarga benar-benar layak mendapat manfaatnya.

“Kita mengutamakan ibu bapa yang bekerja dan menghantar anak mereka di mana-mana tadika berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Kelulusan terhad kepada dua anak untuk satu-satu keluarga. Insentif RM100 seorang ini akan dibayar secara terus kepada pemilik tadika,” katanya kepada SelangorKini.

Sharizan berkata inisiatif ditawarkan kepada keluarga berpendapatan isi rumah bawah RM5,000 selain kanak-kanak lahir dan tinggal di negeri ini.

“Syarat lain ialah ibu dan bapa juga mestilah pengundi berdaftar di Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya.

Permohonan boleh dibuat menerusi laman sesawang http://tunas.yawas.my/. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-5481 8800 atau layari laman sosial Facebook dan Instagram Yawas serta Youtube Yawas TV.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved