Ibu bapa disaran pastikan sarapan anak berkhasiat

20 Apr 2024 • 2:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mabulmaddin Shaiddin

KOTA BELUD: Ibu bapa perlu memastikan anak mereka bersarapan dengan makanan berkhasiat sebelum anak-anak tersebut bertolak ke sekolah, agar mereka mampu memahami mata pelajaran yang diajar oleh guru dengan mudah.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan berkata, negara amat memerlukan pemimpin pelapis pada masa hadapan dari kalangan anak muda yang pintar, sihat dan cerdas.

Menurutnya, semangat bersukan adalah salah satu elemen yang perlu dipupuk dalam jiwa individu seawal usia kanak-kanak, kerana ia mampu menjadikan minda seseorang itu bertambah cerdas di samping memiliki tubuh yang sihat.

“Kami (Kementerian Belia dan Sukan) sentiasa membantu usaha sekolah untuk menjayakan sebarang aktiviti sukan yang dianjurkan pada bila-bila masa saja. Sementelahan lagi sukan mampu memupuk hubungan baik dalam masyarakat.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Dalam hal ini, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka bersukan. Jika tidak pun untuk menyertai sebarang acara sukan, anak-anak dapat beriadah sendiri bagi mengekalkan kesihatan mereka adalah sudah cukup baik,” ujarnya. Fairuz berkata demikian sewaktu merasmikan program Merentas Desa Peringkat SK Tamau 2024 yang menyaksikan tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori Tahap 1 dan 2, Kategori Belia dan Kategori terbuka di Dewan Terbuka SK Tamau, pada Rabu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Guru Besar SK Tamau, Rasmi Datu Tumai; Wakil PPD, Mohd Tuah Abd Latif; Pengerusi PIBG SK Tamau, Japlin Asrakal dan Pengerusi KRT Kg Tamau, Razak Rakunman.

Tambahnya lagi, dunia sedang berdepan dengan cabaran dari pelbagai sudut, dan kehadiran individu berkualiti serta berketrampilan adalah amat dinanti-nantikan oleh negara ini.

“Justeru saya amat berharap agar kita semua mampu memberi sumbang saran bagaimana untuk membentuk murid-murid cemerlang dalam bidang akademik di sekolah ini khususnya.

“Bagaimanapun jangan lupakan satu fakta penting, bahawa kecerdasan berkait rapat dengan sukan. Maksud saya, kepentingan bersukan tidak boleh dipandang remeh,” tegasnya.

Dalam majlis tersebut, Fairuz turut menyampaikan hadiah kepada peserta dalam kategori Belia dan Dewasa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.